Want your
own Fotopage?








 
chegu's FotoPage

By: chegu izwan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 18-Aug-2010 13:46 Email | Share | | Bookmark
Cuba dan cuba

 
 
 
 
 
Orait, kali ini aku paparkan gambar gambar terbaru aku. Kali ini aku gunakan lensa 50mm. Lensa ini merupakan lensa terbaik setakat ini yang aku miliki. Walaupun murah, tapi kualiti dia memang mari brader! Gambar memang sharp, terbaik punya. Bokeh pun boleh tahan juga padu dia. Untuk shoot kali, subjek aku ialah semua benda yang aku jumpa depan rumah aku. Kebetulan lak, cuaca hari tu memang terbaik bro. Langit biru. Awan lak putih macam kapas. Rasa macam nak makan je. Ok, sembang banyak pun tak guna, layan gambar gambar ni dulu ok.










Add comment


Monday, 16-Aug-2010 14:01 Email | Share | | Bookmark
Menajamkan Skill

 
 
 
 
 
Orait, kali ini aku upload gambar student student aku lak. Baru baru ini aku ada shoot gambar diorang. Diorang ni masuk Kelab Keusahawanan dan telah dipecahkan kepada 4 kumpulan. Jadi ini ialah gambar gambar kumpulan diorang. Konon konon aku nak buat ala ala white studio la. Jadi aku dah edit sket nak kasi background tu putih. Tapi aku rasa macam ada terlebih expose lak. Selain itu, aku gak nak tajamkan skill editing photoshop aku ni. Selain ambil gambar budak budak ni, aku shoot gak gambar member aku dengan motor dia. Dengar cerita dia nak jual motor dia, tapi sampai sekarang tak jual jual lagipun. Aku pun taktau bila dia nak jual. Ok, apa apa hal pun enjoy gambar ni dulu ok.










Add comment


Saturday, 14-Aug-2010 10:07 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Di Kuala Terengganu (Sambungan)

 
 
 
View all 9 photos...
Orait. Ini sambungan majlis persandingan abang aku. Sekali lagi, noise jadi sumber kekacauan gambar gambar aku. Tapi, noise yang wujud ni kadang kadang taklah mengacau sangat. Kalau digunakan pada waktu dan situasi yang sesuai, gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih menarik. Namun, bergantung juga kepada kreativiti si penangkap gambar gak. Apa apa pun, korang layanlah dulu gambar gambar yang aku ambik ni.

p/s: Resolusi laptop aku ni tak cukup tinggi la, tak puas hati aku nak mengedit.






Add comment


Friday, 13-Aug-2010 00:12 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Di Kuala Terengganu (Tok Kadi Yang Sempoi!)

 
 
 
View all 5 photos...
Baru baru ni aku gi Kuala Terengganu sebab berlangsungnya majlis perkahwinan abang aku dengan pilihan hatinya. Jadi, aku telah dipertanggungjawabkan oleh mak abah aku untuk mengambil gambar gambar pernikahan dan persandingan abang aku. Waktu menikah tu, aku tengok memang sempoi gilalah tok kadi tu. Siap boleh melawak lagi. Abang aku yang awal awal nervous pun dah jadi selesa. Memang untuk dapat tok kadi macam tu, hati pun tenang nak melafaz. Sekarang, aku upload dulu gambar nikah abang aku. Sorilah sebab gambar ni banyak noise. Mana taknya, guna ISO sampai 1600, mendatanglah noise-nya.








Add comment


Thursday, 12-Aug-2010 07:53 Email | Share | | Bookmark
Dah Lama Dah!

 
Peh. Lama gila dah aku tak masuk sini. Kalaulah sini macam rumah, aku rasa labah labah sawang pun dah bercucu cicit kat sini. Mujur bukan rumah, tak adalah bersawang sangat. Ok, sebagai permulaan untuk memanaskan semula fotopages aku ni, aku upload gambar masjid yang aku ambik masa gi Taman Tamadun Islam kat Terengganu tempoh hari. Tapi, sekeping jela aku taruk dulu ye.

Add comment


Sunday, 29-Nov-2009 13:10 Email | Share | | Bookmark
Aksi Pertama Aku Dalam Fotografi Perkahwinan (Tak Berbayar)

 
 
 
View all 4 photos...
Aku snap beberapa keping aje. Saje nak test skill aku. Lagipun aku rushing nak pergi tempat lain. Member aku bernama Mat Sham ni datang lewat. Datang pejabat memang aku bambu je nanti.




Add comment


Wednesday, 30-Sep-2009 03:43 Email | Share | | Bookmark
Inilah aku

Aku
Setting tripod sendiri,set timer,posing sendiri,leher kasi pendek,dalam kiraan 10 saat,snap!

Add comment


Monday, 28-Sep-2009 11:30 Email | Share | | Bookmark
Haziq

Haziq
Kanak kanak memiliki wajah paling suci dan ikhlas sekali. Eh silap,berkali kali suci dan ikhlas tu.

salam...
nice pic.
Wed 30-Sep-2009 07:23
Posted by:blackrobe  - [Link]
mujur budak tu pandai posing.hahaha! Wed 30-Sep-2009 16:05
Posted by:chegu izwan
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com